Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Feb 9 — Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dan saksi pertama kes liwat ketua pembangkang itu membuat laporan polis dia menerima ancaman bunuh menerusi rangkaian sosial Facebook.
Menurut Saiful Bukhari (gambar, kanan), seorang yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.
Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”



