ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.
“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.
Azizan berkata demikian ekoran tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS.
DAP Kedah tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong.
Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan orang Cina di bandar ini.
Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.
Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.
Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.
MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.
Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.
Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ. Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.
Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.
“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.
“Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.

written by MatdanPAS, July 01, 2009
Tapi yang herannya pasai apa sejak dari 1995 Kerajaan UMNO (bekas) yang mengaku pembela melayu tak bertindak...tunggu sampai PAS kena ambik tindakan....UMNO ada share kut?
written by Wah Lau Weh, July 02, 2009
So DAP, what's the issue here? Mau tarik balik ka keputusan tarik keluar? Still tada puas hati lagi? Mau cari pasal dengan other komponen parti? Mau jadi macam BeEnd ka?
written by hopeless, July 02, 2009
PAS in Kedah must improve it management skill to really rule the state properly .
Only left 4 states for PR and the Kedah is the weakest state among 4 . The PR's heads should really work hard on Kedah and never disappoint the people those voted for them .
written by ylwong, July 02, 2009
written by mac, July 02, 2009
what management skill? BN cannot resolve the issue for 30 years.
the chinese is free to pig farm but the chinese should not "annoy" others because of the waste disposal. they should also respect others. Pig farming should be control. new location had been identified. why the fuzz?
written by ignorance, July 02, 2009
Bt then on another issue of the 50% qouta for Bumi...i am not sure for Kedah govt make such decision, is it based on facts and nos? Would there be a lot of unsold units? Would tht scared away developers?
written by Jason, July 02, 2009
written by jasper chong, July 02, 2009
no license also can operate for 30 years, lol.
Should have been demolished 30 years ago, DAP Kedah is stupid for threating to leave pakatan over such issue. If got license is different story.
written by syeikh-alwi, July 02, 2009
written by anak bangau, July 02, 2009
written by rozlan, July 02, 2009
Dont threat to pull away from PR.Just do it straight away..PR dont need people like you
written by oghekapung, July 02, 2009
written by kawancina, July 02, 2009
written by Ww, July 02, 2009
I must say that if the abbatoir is not hygienic, then it needs to be shut down because it causes big problem to the people in neighborhood, be it malay, chinese or indian or minorities watever colour you name it. It is about human hygience, not about racial preference. but a clean abbatoir, we all can accept and happy having it just fine.
YOu cannot deny the fact that there are people who eat pork, so there must be an industry for it, a government should be sensitive and find solution, like an alternate location with proper sanitation standard. DOnt make a fuss just for political purpose. finding a piece of land and get on with the production, what is there to quarrel about. There are so many issues to handle about the state and its people, save some time for better purposes.
Dear malaysian, please dont be a racist on subject like this. people have freedom in food, lifestyle, religion and culture. learn to cooperate and considerate. we are all neighbor to all. better put the energy to achieve something meaningful than arguing on some simple issues. be a mature citizen.
written by malaysian chinese, July 03, 2009
Feel Proud with "Ww" PR should learn n hear more to "Ww"
written by anonymous, July 03, 2009
written by zackeye, July 04, 2009
What the aboitoir operators should do is convert the land to residential area or industrial area and develope them and make good profits. The aboitoir can be moved to Pendang which is not so far away by today's access roads and run professionally and hygineinically. The DAP is taking this as a racial issue and it could be at the instigation of the MCA because usually the pig towkays are MCA supporters.
Same like the so called 50% Malay quota for housing development on Malay reserved land. Most of the land in Alor Star are classified as Malay reserved long before Merdeka. PAS is considerate that the Malay reserved land be developed for all races to live but 50% be reserved for the Malays which in other words is saying that the Malays lose 50% of their reservation. But the DAP and MCA cry that this is unfair 50% is way beyond 30% that BN has been practising. The 30% is applicable on land which is not classified as Malay reserved. To develop Malay reserved land need the cooperation of the UMNO politicians to revoke the status and you know how the revocation procedures take place over and under the tables. Its time consuming and costly. So now the MB has simplified it that the Malay reserved land around Alor Star can be developed with the simple condition of 50% ownership by Malays. There is no saying that the allocation must be equal in racial distribution. The shop lots and commercial area may still be in the hands of non Malays. The Malays will only afford the low costs flats and houses. That also the DAP and MCA make lots of noise.
Let PAS led PR manage the state. At least in Kedah the civil service and the istana are not hostile to PR. The new MB has managed to at least neutralise UMNO and BN so much so that even Kedah UMNO do not have a capable leader to lead them and has to import one from Sabah.
written by Din Haron, July 04, 2009
written by rasional, July 05, 2009
Saya fikir penting sekali kita bincang dengan tenang dan rasional isu ini. Soalan pertama: Siapakah yang bertindak terburu-buru ___ MB kedah , MBAS atau DAP Kedah ? Apakah cemas sangat pusat pemnyebelihan babi yang tunggal di Kedah itu dirobohkan dalam masa 1 bulan itu ? Tempat pemyebelihan baru belum nampak bayang pun ! Ini saya kurang faham. Soalan 2 : Setujutak hak makan daging babi adalah salah 1 hak asasi bagi rakyat bukan Islam di kedah ? Soalan 3: DAP Kedah bukan mempertahankan Tempat Pemyebelihan babi itu supaya tidak dirobohkan, tetapi cara dan masa tempat itu dirobohkan. Kenapa tidak tunggu hingga tempat pemyebelihan baru yang lebih bersih/hygenic,lebih sesuai disiap bina terlebih dahulu ?
Soalan 4: Ramai yang komen itu tidak dapat membincangkan isu 1 per 1 ,tetapi campuradukkan semua isu dengan emosi. Masalahl kebersihan tempat itu adalah berbeza dengan masalah tempat itu ,walaupun ada berkaitan. Kalau masalah kekotoran,kenapa tidak cari penyelesaiannya terlebih dahulu , sekurang-kurangnya buat masa menunggu tempat baru disiapkan
Soalan 5: Semua rakyat bukan Islam termasuk DAP Kedah setuju semua pihak perlu peka dan memberi kerjasama dalam hal ini, tetapi dengan cara begitu tergesa-gesa tempat itu dirobohkan,adakah PAS Kedah memaksudkan rakyat bukan Islam di Kedah tidak boleh memakan daging babi ? Soalan 6 : Sedarkah PAS Kedah bahawa keyakinan rakyat bukan Islam terhadap PAS yang baru diperolehi selepas sekian lama usaha PAS, tetapi telah musnah dalam masa sekelip mata oleh tindakan itu. Is this what you want ? I am sure PAS can find somebody better to lead PR in Kedah.
written by rasional, July 05, 2009
Soalan 2 : Setujutak hak makan daging babi adalah antara hak asasi bagi rakyat bukan Islam di Kedah ?
Soalan 3 : Mengikut apa yang saya faham ,DAP Kedah dan juga masyarakat bukan Islam di Kedah bukan mempertahankan supaya tempat pemyebelihan itu tidak dirobohkan, tetapi marah atas cara dan masa tempat itu dirobohkan. Tempat baru belum nampak bayang pun tetapi tempat lama yang tunggal itu telah dirobohkan ?
Soalan 4 : Adakah MB Kedah dengan tindakan itu maksudkan rakyat bukan Islam di Kedah tidak berhak makan daging babi ?
Soalan 5 : Apakah masalah sebenarnya---- masalah kekotoran atau masalah tempat pemyebelihan itu sendiri ? Mereka adalah 2 masalah berlainan,walaupun ada perkaitan. Jika masalahnya kekotoran, kenapa tak cari penyelesaian mengatasinya ,sekurang-kurang dalam masa menunggu tempat baru disiapkan ? Sebenarnya semua rakyat bukan Islam termasuk DAP Kedah(saya kira) peka terhadap perkara ini dan ingin memberi kerjasama. Hanya mereka minta tempat baru yang lebih hygenic/sesuai siap dibina terlebih dahulu.
Soalan 6 : Sedarkah PAS Kedah bahawa keyakinan rakyat bukan Islam terhadap PAS baru dapat ditanam/diperolehi selepas kian lama diusahakan oleh PAS, telah musnah dalam masa sekelip mata sahaja oleh tindakan PAS Kedah itu ?
Soalan 7: Untuk PAS: Is En.Azizan the best person to lead PR in Kedah ? I am not too sure about that
written by Syarif, July 05, 2009
I believe, many non-Malay/non-Muslims will still support and vote for PAs in Kedah. But will any Malay/Muslims support DAP in Kedah anymore?
DAP claims PAS won because non-Malay support. They may be true. But they also forgot, they, DAP, themselves won many state and parliament seats also because of Malay support.
DAP Kedah is the biggest losers. They deserve to become "opposition forever". LKS should just kick these DAP Kedah fellow out of DAP!
written by gunung kerbau, July 05, 2009
written by devillaine, July 05, 2009
Sanitary, surrounding and nuisance to the public warranted definitely a change in location. Whats wrong with that?
We need someone mature enough as our representatives at the upstream, please lah DAP fella, work and talk smart.
written by Mohd Noor Haji Jaafar, July 05, 2009
Sepatutnya DAP Kedah harus nerujuk kepada Kerajaan Negeri Kedah bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan bukan merujuk kepada MCA atau Gerakan. Bila DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat yang paling seronok ialah MCA dan Gerakan dan ada yang mencadangkan agar DAP keluar terus dari Pakatan Rakyat. Apa jua masalah yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan melalui musyawarah.
written by Awakened, July 06, 2009




