Markus works in research now but was a journalist with Utusan Malaysia

Mengejar kemenangan atau mencari kebenaran?

14 MAC — Dua perkataan di atas; kemenangan dan kebenaran mempunyai konotasi yang amat berbeza.

Di satu segi, perkataan menang itu mencakupi keinginan atau hasrat seseorang pemimpin untuk menang dalam persaingan dengan lawannya dengan penuh bergaya. Pendek kata, maruah dan prestij mereka menjadi keutamaan.

Manakala perkataan kebenaran pula dikaitkan dengan kesungguhan sekumpulan pemimpin-pemimpin untuk memperjuangkan sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan conscience diri mereka. Persoalannya, berapa ramai pemimpin-pemimpin yang memiliki sikap sedemikian?

Read more...

Tee Keat kena tikam

9 MAC — Beliau mungkin dilihat sebagai satu-satunya pemimpin tertinggi MCA yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak kerana ketegasan, kelantangan serta kejujurannya dalam memperjuangkan sesuatu isu hinggakan ia melampaui norma-norma konvensional selama ini.

Mungkin disebabkan kelantangan beliau itulah, Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Ong Tee Keat sering kali dicap sebagai seorang pemimpin yang angkuh, agresif malah suka melawan arus.

Namun bagi mereka yang mengenali dan mendalami perwatakan beliau, Tee Keat sebenarnya tidaklah sekompleks mana.

Read more...

Sekolah yang kucintai!

Sekolah yang kucintai!

JAN 18 — Apa yang istimewa sangat mengenai tarikh 18 Jan?

Adakah kerana angka 18 menurut kepercayaan masyarakat Cina mendatangkan tuah atau “ong” kepada seseorang?

Ataupun terdapat peristiwa-peristiwa dan kenangan tertentu yang berlaku pada tarikh tersebut yang akhirnya mendatangkan kesan yang cukup nostalgik dalam hidup mereka?

Read more...

‘Yang jauh itu kita dekatkan, yang dekat itu kita serasi-serasikan’

OGOS 31 — Hari ini, rakyat Malaysia seperti saya akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan kali yang ke-52.

Sesungguhnya, ia merupakan masa untuk semua mengenang kembali perjuangan serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pejuang kemerdekaan negara terdahulu. Kerana pengorbanan merekalah, Malaysia hari ini bebas daripada cengkaman penjajah dan kerana jerih-payah serta keinginan untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, generasi rakyat hari ini berupaya menghirup udara kebebasan.

Read more...

Hilang sebutir permata — Brother Lawrence Spitzig (1918-2009)

Hilang sebutir permata — Brother Lawrence Spitzig (1918-2009)

OGOS 27 — Tepat pukul 4.44 petang di Hospital Assunta, Petaling Jaya tanggal 18 Ogos yang lalu, saya berserta warga-warga pendidik La Salle dan St John’s Institution (SJI) telah kehilangan seorang sahabat, seorang guru dan seorang mentor yang telah banyak mencorakkan kehidupan diri kami.

Orang yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan Datuk Brother Lawrence Henry Spitzig. Ya, Bro Lawrence yang merupakan satu-satunya tokoh yang diberi kepercayaan sebagai Pengetua Sekolah SJI sebanyak dua kali iaitu dari 1955-1961 dan 1979 hingga 1983, telah pun meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Read more...

Sponsored Links