Side Views

Jika ayam tidak berkokok pun, hari akan siang juga — Aspan Alias

17 MEI — Saya diminta mengulas oleh begitu ramai pembaca tulisan saya tentang isu Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP baru-baru ini. Ada di antara mereka yang menghubungi saya memahami isu sebenarnya tetapi ada juga yang tidak memahami keadaan sebenar politik dan menganggap pemergian Tunku Aziz sebagai satu “setback” kepada DAP.

Pertamanya saya ingin memberitahu yang DAP bukannya parti rasis dan pemergian Tunku Aziz itu sebagai tanda yang Melayu sedang cuba dipinggirkan oleh DAP. Bersalah-salahan di antara Tunku Aziz dan DAP itu bukannya pertentangan di antara DAP dengan orang Melayu tetapi hanya setakat perselisihan di antara Tunku dan DAP bukannya perselisihan di antara Melayu dengan DAP.

Keduanya saya ingin menekankan yang tidak ada banyak masalah dalam isu yang timbul ini. Malahan saya sebagai orang baru dalam DAP merasakan betapa “real” nya keadaan sekarang yang ramai orang Melayu tidak lagi termakan dengan momokan pihak Umno dan penyokongnya yang nampak gembira dengan pemergian Tunku Aziz itu. Maklumlah mereka (Umno) sedang sedaya upaya untuk memecahkan pandangan positif setengah Melayu yang sudah ada kecenderungan untuk menyokong parti “mulitiracial” itu.

Pemimpin pergi dan datang. Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi DAP tidak pernah mematahkan semata-mata untuk mengganti. Begitulah keadaan politik. Yang membesarkan isu ini adalah Umno sahaja dan itu kita faham. Itu politik sempit Umno sahaja dan kita tidak termakan dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pemerintah yang sedang dalam keuzuran itu.

Jasa Tunku Aziz tetap diingati dan tdak ada siapa yang menafikan jasa seseorang terhadap parti. Keluarnya Tunku Aziz dari DAP tidak mematahkan semangat parti untuk terus memperjuangkan “transparency” di dalam mentadbir negara dan menghormati “rule of law” serta menghormati setiap apa yang tertulis di dalam perlembagaan negara dan sama-sama menjunjungnya. Malahan sokongan terhadap parti sedang berkembang dan saya berkeyakinan yang DAP akan akhirnya dapat membuktikan yang parti itu adalah parti muliracial yang akan memainkan peranan terhadap pembangunan negara dengan “consequence” yang tinggi.

Ketiadaan Tunku Aziz di dalam parti tidak menjadikan parti itu terbantut dalam perjuangannya. DAP akan terus berusaha mengikut atur-peraturan dan tata cara yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Bak kata pepatah Melayu, “jika tidak berkokok pun ayam, hari akan tetap siang”.

Secara peribadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Tunku dan diharapkan Tunku akan tetap berada dalam kesihatan yang walafiat sentiasa. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Comments